Mar 17, 2009

Yang Jangan itulah...

Bila hijab alpa dibuka, maka terlihatlah segala macam penyakit yang membarah dalam masyarakat dewasa ini.

Zahirnya yang dilihat, pembangunan memasak kehidupan. Kemodenan menjadi taulan. Globalisasi dipanggil aliran mahakini. Lantas, adakala manusia diserang kealpaan, kesesatan dan zulumat yang dasyat.

Inilah, satu fenomena yang dulu saya banyak baca-baca. Kini, dah jadi santapan sehari-hari. Amboi..

Saya maksudkan FITNAH.

-----------

Rasulullah s.a.w bersabda: Tahukah kamu apa itu memfitnah?

Para sahabat berkata: “Allah dan Rasulnya lebih mengetahui”. Baginda bersabda: Memfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara (Muslim) ketika dia tidak ada dan yang dia tidak suka.

----------

Mengumpat itu adalah perbuatan mengeji atau mengutuk orang lain di luar pengetahuan orang tersebut.

Fitnah pula adalah mengada-adakan sesuatu yang tidak ada atau mengaitkan diri seseorang dengan sesuatu yang tidak benar. Ia terhasil daripada persepsi atau gambaran dan bukannya berdasarkan realiti.

Dalam al-Quran, Allah berfirman,

…dan ingatlah (angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh (al-Baqarah: 191).

Antara sebabnya adalah fitnah itu boleh dibaratkan sebagai pembunuh senyap yang boleh menjadikan sesiapa sahaja mangsanya. Mangsanya pula akan tertekan dan masyarakat jadi porak peranda.

----------

Manurut fahaman saya, orang yang suka memfitnah ni disebabkan ada sedikit masalah PHD dalam dirinya. Tak boleh nengok orang lain hidup senang sikit..mulalah dia nak tabur pasir dalam periuk nasik orang..erm!

Di kawasan tempat tinggal kita pun mulanya semua menubuhkan "kelab kawan baik". Tak lama tu jadilah berpecah sini sana disebabkan fitnah ni tadi.

Cik kak, janganlah suka sangat duduk borak lama-lama (kalau isunya takde yang berfaedah)

Orang kampung saya kata "menebeng"

Nanti dah takde cerita, mulalah buka kisah orang lain : Mengumpat. Nak best cerita, tambah dan adjust sini-sana. Last-last, buat fitnah pulak. Allah...apa kejadahnye?

Tak baiklah fitnah orang ni. Huru-hara sekampung nanti. Pesan untuk diri dan orang lain. Bercakaplah yang baik aje. Kalu takde cerita, baiklah diam aje. Zikir..dapat gak pahala.

------------
Along: Yang dilarang agama tulah yang suka dibuatnye.. Walaupun ada yang dah bergelar seorang Hajah!

(sumber: Hadhari.net)

No comments: